Persiapan Rapi Kejohanan Catur Daerah Pasir Mas

Pasir Mas, 7 September 2025 – Bagi memastikan kelancaran penganjuran Kejohanan Catur Daerah Pasir Mas, pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Mas bersama urus setia kejohanan telah turun padang bagi melakukan persiapan terakhir pada 4 September 2025, bertempat di Dewan Kolej Vokasional Pasir Mas.

Bermula jam 3.00 petang, kerja-kerja penyusunan tempat telah dilaksanakan dengan teliti, melibatkan penyusunan meja pertandingan, pemasangan banner dan flag beach, serta penyediaan buah catur bagi setiap meja yang akan digunakan semasa kejohanan.

Turut hadir memberikan sokongan dan memantau persiapan ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, yang turut menzahirkan komitmen terhadap penganjuran aktiviti sukan intelek di peringkat daerah.

Kejohanan ini dijangka menarik penyertaan aktif daripada pelbagai lapisan masyarakat dan menjadi platform penting dalam mencungkil bakat baru dalam arena catur tempatan.

Disediakan oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas
#JBSNKomited
#TeamJBSN
#MalaysiaMadani
#TeamKBS
#rakanmuda
#YakinBoleh
#SukanUntukSemua

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search