Malaysia Aktif @ Komuniti Pasir Mas Siri 9 Meriahkan Bukit Panau

Pasir Mas, 7 September 2025 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti Pasir Mas Siri 9 telah berlangsung dengan jayanya pada 4 September 2025 (Khamis) bertempat di Bukit Panau, Pasir Mas, dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Pasir Mas. Seramai 61 orang peserta telah menyertai aktiviti mendaki yang menjadi tumpuan utama program kali ini.

Aktiviti ini merupakan kali kedua dianjurkan selepas kejayaan pendakian Bukit Kwong pada 2 Ogos yang lalu, sebagai usaha berterusan memupuk gaya hidup sihat dan semangat kekitaan dalam kalangan komuniti setempat.

Program dimulakan seawal 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran peserta, diikuti dengan pemanasan badan sebelum memulakan pendakian. Turut serta dalam aktiviti ini ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, bersama Puan Nur Aliaa binti Wan Johan, Encik Mohd Sarimat bin Salleh, dan Encik Mohd Faidhi bin Mat Noor.

Dengan ketinggian 396 meter, pendakian Bukit Panau mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit untuk peserta mendaki dan turun semula ke kaki bukit. Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan, malah memperkukuh hubungan antara agensi dan komuniti setempat.

Disediakan Oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas
#JBSNKomited
#TeamJBSN
#MalaysiaMadani
#TeamKBS
#rakanmuda
#YakinBoleh
#SukanUntukSemua

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search