1000 Liga Kejohanan Petanque Peringkat Daerah Pasir Mas Bakal Gegar Arena Sukan

Pasir Mas, 7 September 2025 – Kejohanan 1000 Liga Petanque peringkat daerah Pasir Mas dijadualkan berlangsung pada 4 Oktober 2025, menandakan satu lagi usaha memperkasa sukan komuniti di peringkat akar umbi.

Bagi memastikan kelancaran penganjuran kejohanan ini, satu sesi perbincangan telah diadakan pada 1 September 2025, bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas pada jam 3.00 petang. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh wakil Pejabat Belia Sukan Daerah (PBSD) Pasir Mas, iaitu Encik Mohd Sarimat bin Salleh dan Encik Mohd Faidhi bin Mat Noor.

Turut serta dalam sesi tersebut ialah wakil daripada Kelab Sukan Rekreasi Padang To'la, yang merupakan rakan kerjasama utama PBSD Pasir Mas dalam menjayakan penganjuran 1000 Liga kali ini.

Penganjuran kejohanan ini dijangka menarik penyertaan aktif daripada komuniti setempat serta membuka ruang kepada bakat-bakat baru dalam sukan Petanque untuk menyerlah di peringkat daerah.

Disediakan Oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas

#JBSNKomited
#TeamJBSN
#MalaysiaMadani
#TeamKBS
#rakanmuda
#YakinBoleh
#SukanUntukSemua

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search