Plogging Komuniti Daerah Jeli Siri 4/2025 Berlangsung Di Surau Blok Pasir Mas & Tanah Merah, Ayer Lanas

JELI, 7 September 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli dengan kerjasama Persatuan Belia Gemilang Bukit Tok Ali dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas telah mengadakan Program Rakan Bumi: Plogging Community @ Daerah Jeli Siri 4/ 2025 pada 6 September 2025, di Surau Blok Pasir Mas & Tanah Merah, Ayer Lanas, Jeli Kelantan, dengan kehadiran seramai 63 orang peserta.

Tujuan program ini adalah untuk merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan bagi melahirkan masyarakat belia yang membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti berjogging, berjalan, berlari sambil mengutip sampah dalam kalangan komuniti setempat di kawasan taman rekreasi, dataran atau tempat awam.

Turut hadir YBrs En Mod Zaidi bin A Mohidu, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Semoga program yang berbentuk kemasyarakatan dengan penerapan nilai moral yang tinggi seperti ini dapat diteruskan lagi supaya dapat melahirkan lebih ramai sukarelawan dari kalangan belia dan beliawanis.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua
#JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda
#YakinBoleh
#Hannah Yeoh
#Adam Adli
#KetuaPengarahJabatanBeliadanSukanNegara
#Rakan Muda
#belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search