Kursus Marshall Peringkat Negeri Kelantan 2025 di Litar Motorcross Teluk Kerengga, Pasir Mas

Pasir Mas, 6 September 2025 – Seramai 51 peserta dari seluruh negeri Kelantan telah menyertai Kursus Marshall Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Litar Motorcross Teluk Kerengga, Pasir Mas. Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Sukan Bermotor Eksplorasi dan berjaya mencipta suasana penuh semangat serta komitmen tinggi dalam kalangan peserta.

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh YBrs. En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir memeriahkan program ialah YB Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari, Penasihat Litar Motorcross Teluk Kerengga dan YBrs. En. Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan asas kepada individu yang berminat dalam bidang marshall, khususnya dalam acara-acara sukan bermotor 2 roda yang melibatkan 3 disiplin antaranya motocross, enduro dan onroad. Para peserta didedahkan kepada aspek keselamatan, etika, peraturan perlumbaan, serta prosedur mengendalikan situasi kecemasan di litar.

Program ini bukan sahaja berperanan melahirkan barisan marshal yang berkualiti dan berkemahiran tinggi, malah mampu menyumbang kepada pembangunan sukan bermotor yang lebih teratur dan selamat di negeri Kelantan. Malah, ianya dapat menekankan kepentingan disiplin dan kerjasama dalam kalangan marshal sebagai tulang belakang penganjuran acara bermotor.

Suasana sepanjang kursus berlangsung amat meriah dengan pengisian teori dan amali yang interaktif, di samping demonstrasi teknikal yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang sukan bermotor.

Program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan lebih ramai marshal tempatan yang berkaliber, seterusnya menyokong perkembangan sukan bermotor secara sihat dan profesional di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search