Rakan Muda Meriahkan Sukan Luar Bandar Di Kuala Nal, Kuala Krai

KUALA KRAI, 6 SEPTEMBER 2025, – Rakan Muda Masuk Kampung telah berjaya menceriakan suasana sempena Sukan Luar Bandar anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan penglibatan aktif belia dan masyarakat setempat.

Selain menyertai acara sukan tradisional dan rekreasi, Rakan Muda turut mengadakan pameran interaktif yang mempamerkan maklumat berkaitan Gaya Hidup Rakan Muda, peluang belia, serta aktiviti komuniti. Turut diadakan ialah segmen “Mari Cuba”, yang memberi peluang orang ramai mencuba pelbagai permainan tradisional, E-Sport, aktiviti seni, serta cabaran fizikal ringan yang mencuit hati pengunjung.

Program ini mendapat sambutan hangat kerana bukan sahaja memupuk semangat kesukanan, malah menghidupkan suasana kekeluargaan dan perpaduan di kampung. Kehadiran sukarelawan Rakan Muda turut memberi semangat baharu kepada komuniti, selaras dengan usaha memperkukuh kesukarelawanan dan mempererat hubungan antara belia dengan masyarakat luar bandar.
Sukan Luar Bandar Kuala Nal ini dilihat sebagai platform penting untuk menyemarakkan semangat kebersamaan, mengangkat warisan permainan tradisional, serta menggalakkan penyertaan aktif masyarakat dalam aktiviti sihat dan berfaedah.

Lebih menarik, turut berlangsung program Rakan Muda Skill for Life yang memberi pendedahan kemahiran asas melalui aktiviti Tukar Minyak Hitam Motorsikal, hasil kolaborasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuala Krai dengan Giat MARA Kuala Krai. Inisiatif ini mendapat sambutan baik daripada belia kerana memberikan pengetahuan praktikal yang berguna dalam kehidupan seharian.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Turut hadir Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan dan Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda JBSNK, Serta pegawai- pegawai Rakan Muda Negeri Kelantan.
Jangan lupa untuk sertai kami

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search