Program Sukan Komuniti Luar Bandar Peringkat Negeri Kelantan 2025 Meriah di Kuala Krai

Kuala Krai, 6 September 2025 – Program Sukan Komuniti Luar Bandar peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung dengan penuh meriah hari ini bertempat di Padang Bola Kg. Baru Kuala Nal, Kuala Krai. Program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai dan mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat serta pelbagai lapisan masyarakat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir memeriahkan program ialah YBrs. En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, YBrs En. Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Pembangunan Rakan Muda Negeri Kelantan dan YBrs. Pn. Rosnani binti Hj. Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai.

Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan sepanjang program berlangsung, termasuk larian untuk negara, berjalan ria madani, sukan rakyat, pemeriksaan kesihatan percuma dan aktiviti rakan muda seperti pameran, sukan rekreasi dan permainan interaktif

Program ini bukan sahaja bertujuan untuk menyemarakkan semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat luar bandar, malah menjadi platform untuk mempromosikan gaya hidup sihat serta memperkukuh jaringan komuniti belia di negeri Kelantan.

Orang ramai yang hadir turut menyatakan rasa gembira dan teruja kerana berpeluang menyertai pelbagai aktiviti dalam suasana yang santai dan mesra keluarga.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search