"Run For Peace" Semarakkan Semangat Keamanan dan Kesihatan

Kota Bharu, 5 September 2025 – Program larian santai "Run For Peace" anjuran Persatuan Soka Gakkai Malaysia Cawangan Kelantan telah berlangsung dengan meriah di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 1 hari ini. Acara yang bertujuan memupuk semangat keamanan, perpaduan, serta gaya hidup sihat ini telah menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar, guru dan komuniti setempat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang turut menyampaikan ucapan penuh inspirasi mengenai pentingnya keamanan sejagat dan penglibatan aktif dalam aktiviti sihat sebagai landasan keharmonian sosial.

Turut hadir memeriahkan acara ialah YBrs. En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, YBrs Tn. Hj. Shamsul Bahari bin Jaafar @ Mustapha, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu, YBrs Pn. Anawiyah binti Abu Samah, Pengetua SMK Zainab 1, YBrs Pn. Chew Moi Luan, Pengerusi Persatuan Soka Gakkai Malaysia Cawangan Kelantan serta En. Eng Aik Chen, Pengerusi Run For Peace 2025 Negeri Kelantan. Kehadiran ini adalah tanda sokongan penuh terhadap inisiatif ini dalam usaha memperkukuh jaringan sosial melalui sukan dan aktiviti sihat.

Acara dimulakan dengan sesi pemanasan badan diikuti dengan larian santai yang merentasi kawasan sekitar. Program ini adalah sebahagian daripada kempen global yang dianjurkan oleh Persatuan Soka Gakkai Malaysia dalam mempromosi keamanan dunia melalui pendidikan, budaya dan sukan. Program diakhiri dengan sesi bergambar sekaligus menandakan kejayaan penganjuran "Run For Peace" sebagai satu platform perpaduan dan keharmonian di peringkat akar umbi.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search