Projek Tanaman Cendawan Kukur Seriwaris Mampu Jana Sumber Ekonomi Pertubuhan Belia

Machang, 4 September 2025 - Program Agrobelia Lestari adalah sebuah inisiatif yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Program ini bertujuan untuk memperkasakan ekonomi belia, khususnya dalam bidang pertanian, seiring dengan dasar kerajaan untuk memastikan sekuriti makanan dan menangani kos sara hidup.

Melalui projek ini, para peserta akan melalui beberapa fasa penting. Fasa terakhir adalah sesi bimbingan dan Pemantauandi mana Kelab tersebut akan dibimbing dan dipantau oleh pegawai yang berkaitan untuk tempoh minimum enam bulan bagi memastikan kejayaan projek.

Kelab Belia Seri Warisan Pusaka Kemunchup Machang telah terpilih menjalankan projek Penanaman Cendawan Kukur bermula bulan Ogos 2025 setelah melalui fasa pertama pada Julai lalu. Projek ini memberi peluang kepada pertubuhan belia untuk terlibat dalam penanaman cendawan kukur, yang merupakan salah satu komoditi pertanian bernilai tinggi.

Cendawan kukur (Schizophyllum commune), juga dikenali sebagai kulat sisir, mendapat permintaan yang tinggi di pasaran dengan harga yang boleh mencecah sehingga RM100 sekilogram. Projek ini dilihat sebagai peluang yang baik untuk belia menjana pendapatan kerana modal permulaan yang rendah dan ruang yang diperlukan juga kecil.

Dengan inisiatif ini, belia bukan sahaja dapat menimba ilmu dan kemahiran dalam bidang pertanian tetapi juga berpeluang untuk membina perniagaan sendiri, seterusnya menyumbang kepada ekonomi keluarga dan negara.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #JanjiPeluh

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search