- JBS Kelantan
- Hits: 22
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JBS NEGERI KELANTAN KE ATAS PENGARAH SPRM NEGERI KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 22
Kota Bharu, 2 September 2025 – Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK), telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Penolong Pesuruhjaya (KPKPj) Azmin bin Yusoff, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kelantan, di ibu pejabat SPRM Negeri.
Lawatan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua agensi, khususnya dalam menyokong pelaksanaan Program Unleash Urself @ Rakan Muda yang bakal diadakan pada bulan OKtober.
Program ini akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan pelbagai pengisian menarik antaranya:
Pertandingan Dikir Barat,
Pertandingan Nasyid,
Tayangan skrin besar,
Jualan usahawan belia, dan
Acara Larian Rakan Muda.
Dalam sesi perbincangan, kedua-dua pihak menyentuh aspek kerjasama yang memberi tumpuan kepada penanaman nilai integriti, pembangunan kepimpinan belia, serta peningkatan penyertaan belia dalam aktiviti sukarelawan anti-rasuah.
Encik Mohd Saipuddin turut merakamkan penghargaan kepada KPKPj Azmin bin Yusoff atas sokongan padu SPRM Negeri Kelantan dalam membentuk generasi belia yang berdaya tahan, berintegriti tinggi dan mampu menjadi agen perubahan positif dalam masyarakat.
Lawatan diakhiri dengan satu sesi bergambar rasmi sebagai simbolik komitmen bersama antara JBSNK dan SPRM Negeri Kelantan dalam menerajui agenda pembangunan belia.
Turut hadir Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda JBSNK, En Wan Mohd Erffan bin Wan Nasir, Pengurus Kombes dan Encik Mohd Khairul Asraff Hafizi bin Mohd Nor, Pegawai Pembangunan Kesukarelawanan, Bahagian Rakan Muda JBSNK.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif