- JBS Kelantan
- Hits: 19
KEJOHANAN WOODBALL TERBUKA NEGERI KELANTAN SIRKIT KEBANGSAAN SIRI 2/2025 MELABUHKAN TIRAI
- JBS Kelantan
- Hits: 19
JELI, 2 SEPTEMBER 2025, Kejohanan Woodball Terbuka Negeri Kelantan Sirkit Kebangsaan Siri 2/2025 anjuran Persatuan Woodball Negeri Kelantan dengan kerjasama Politeknik Jeli Kelantan (PJK) telahpun selesai diadakan pada 29-31 Ogos 2025 bertempat di Politeknik Jeli.
Kejohanan yang julung-julung kali diadakan di negeri ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh negara dengan penyertaan seramai 113 orang.
Objektif kejohanan adalah untuk memperkenalkan Woodball sebagai salah satu sukan baharu di negara ini, di samping menambah variasi sukan di Malaysia dan mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi.
Perasmian punutup dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli.
Adalah menjadi harapan agar sukan ini dapat terus berkembang ke seluruh negara dan menjadi popular sehingga mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.