- JBS Kelantan
- Hits: 19
PROGRAM RAKAN BUMI PLOGGING KOMUNITI SIRI 4
- JBS Kelantan
- Hits: 19
TUMPAT, 2 SEPTEMBER 2025 - Program Rakan Bumi Plogging Komuniti Siri 4 telah berjaya dilaksanakan pada 31 Ogos 2025 sempena Hari Kemerdekaan di kawasan tumpuan pelancong iaitu di Bukit Keluang, Besut, Terengganu dengan penglibatan peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Belia Wira Berjaya.
Objektif utama program ini ialah untuk meningkatkan kesedaran terhadap kebersihan kawasan pelancongan, menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti kelestarian dan menanam sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar.
Aktiviti ini menggabungkan elemen gaya hidup sihat dan pemeliharaan alam sekitar melalui plogging, iaitu aktiviti berjalan sambil mengutip sampah.
Peserta memulakan pendakian pada jam 8 pagi dan mengutip sampah sepanjang laluan ke puncak Bukit Kluang serta di kawasan pantai sekitarnya.
Pelaksanaan program ini diharap menjadi permulaan yang baik kepada komuniti dalam menitik beratkan aktiviti sukan, kecergasan dan fizikal serta mengamalkan gaya hidup aktif, cergas di samping dapat mengukuhkan perpaduan dan memelihara alam sekitar.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh