- JBS Kelantan
- Hits: 20
PROGRAM RAKAN BUMI PLOGGING KOMUNITI SIRI 3
- JBS Kelantan
- Hits: 20
TUMPAT, 30 Ogos 2025 - Program Rakan Bumi Plogging Komuniti Siri 3 telah diadakan di Gua Ikan, Dabong Kuala Krai pada 21 Ogos 2025 dengan melibatkan seramai 90 orang peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Biji Wangsa. Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan alam sekitar melalui aktiviti plogging iaitu berjalan sambil mengutip sampah.
Peserta dari SMK Dato’ Biji Wangsa telah menaiki keretapi seawal jam 4.15 pagi untuk sampai ke Dabong, Kuala Krai. Walaupun perjalanan mengambil masa selama 3 jam untuk sampai ke destinasi, tetap memberi semangat kepada para peserta.
Program anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Tumpat, Kelab Belia Wira Berjaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Biji Wangsa juga melibatkan pegawai dan kakitangan PBSD Tumpat, guru, pelajar dan ahli-ahli kelab. Peserta turut diberi taklimat sebelum membersihkan kawasan rekreasi ini.
Program ini dimulakan dengan senaman cergas yang diketuai oleh ahli Kelab Belia Wira Berjaya. Peserta membawa pulang sijil penyertaan sebagai tanda penghargaan. Program ini membuktikan bahawa tindakan kecil seperti memungut sampah boleh memberi impak kepada kelestarian alam.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh