PROGRAM MALAYSIA AKTIF@KOMUNITI PERINGKAT DAERAH BACHOK 2025 SIRI 5 MERIAH DI CHALET SRI TELONG, MELAWI

Bachok, 29 Ogos 2025 – Program Malaysia Aktif@Komuniti Peringkat Daerah Bachok Tahun 2025 Siri 5 telah berlangsung dengan jayanya di Chalet Sri Telong, Melawi, Bachok baru-baru ini. Program yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Agro OKU Negeri Kelantan ini mendapat sambutan hangat daripada komuniti setempat serta pelbagai agensi kerajaan dan NGO.

Program ini merupakan salah satu inisiatif untuk memupuk semangat kesukarelawanan, meningkatkan kesedaran kesihatan serta memperkukuh jaringan sosial dalam kalangan masyarakat setempat. Turut hadir memberikan sokongan ialah wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok, yang menyatakan bahawa program seumpama ini penting dalam memperkasakan komuniti serta memperluaskan penglibatan belia dalam aktiviti sihat dan berfaedah.

Menurut jurucakap Persatuan Agro OKU Negeri Kelantan, penyertaan mereka dalam program ini bukan sahaja memberi peluang kepada OKU untuk terlibat secara aktif dalam masyarakat, malah mempamerkan keupayaan mereka dalam bidang agro dan keusahawanan. Program ini turut menyemarakkan semangat perpaduan dan kerjasama antara masyarakat setempat, agensi kerajaan, dan pertubuhan bukan kerajaan dalam usaha menjayakan agenda pembangunan komuniti selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search