PROGRAM PLOGGING KOMUNITI@BACHOK 2025 SIRI 1 JAYAKAN MISI KEBERSIHAN DI PANTAI MENGABANG

BACHOK, 29 Ogos 2025 – Seramai 53 peserta telah menyertai Program Plogging Komuniti@Bachok 2025 Siri 1 yang berlangsung dengan penuh semangat di Pantai Mengabang, Kubang Golok, Bachok baru-baru ini. Program ini merupakan hasil kerjasama antara Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia(MAYC) Kawasan Bachok dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok dalam usaha memupuk kesedaran sivik terhadap penjagaan alam sekitar serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.

Aktiviti plogging yang menggabungkan aktiviti larian ringan dan pengutipan sampah ini bukan sahaja menceriakan suasana pantai, malah turut menjadi platform interaksi positif dalam kalangan belia dan komuniti tempatan.

Menurut wakil penganjur, program ini bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan kawasan awam sambil mengamalkan gaya hidup aktif. “Melalui program seperti ini, kita bukan sahaja membersihkan alam sekitar, malah membina semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan peserta,” katanya.

Pantai Mengabang dipilih sebagai lokasi utama berikutan potensinya sebagai destinasi riadah yang kian mendapat perhatian penduduk setempat dan pelancong. Penyertaan yang menggalakkan daripada komuniti setempat membuktikan komitmen mereka terhadap kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search