- JBS Kelantan
- Hits: 12
MESYUARAT PENGURUSAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN BIL.8/2025
- JBS Kelantan
- Hits: 12
Kota Bharu, 27 Ogos 2025 – Mesyuarat Pengurusan JBSNK Bil. 8 bagi tahun 2025 telah berjaya diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Mesyuarat bulanan ini dipengerusikan oleh YBrs. En. Mohd Saipuddin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Mesyuarat ini merupakan platform penting bagi membentangkan pelaksanaan serta perancangan program-program yang dijalankan oleh setiap bahagian dan pejabat belia dan sukan daerah. Ia juga menjadi ruang perbincangan strategik bagi memastikan segala perancangan selaras dengan hala tuju pembangunan belia dan sukan negeri.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah semua pegawai pengurusan tertinggi jabatan, pegawai-pegawai belia dan sukan daerah, serta pegawai-pegawai dari pelbagai unit di jabatan negeri. Kehadiran penuh ini menunjukkan komitmen tinggi semua pihak dalam memastikan segala program dan aktiviti jabatan dilaksanakan dengan berkesan dan berimpak tinggi.
Pelbagai isu telah dibincangkan termasuk status pelaksanaan program semasa, perancangan aktiviti, serta cadangan penambahbaikan terhadap pengurusan dan pelaksanaan program di peringkat daerah dan negeri.
Mesyuarat ini diakhiri dengan seruan oleh YBrs. Pengarah agar semua pegawai terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab, memperkukuh kerjasama antara unit dan daerah, serta sentiasa proaktif dalam merangka program yang memberi manfaat kepada golongan belia dan pembangunan sukan negeri Kelantan.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh