Mesyuarat Penyelarasan Keselamatan Dan Kecemasan “Merdeka!!! Kelantan Fun Walk 2025”

Kota Bharu, 27 Ogos 2025 – Mesyuarat penyelarasan bagi program “Merdeka!!! Kelantan Fun Walk 2025” telah diadakan hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Mesyuarat ini diadakan sebagai persediaan rapi menjelang acara yang bakal berlangsung pada 30 Ogos 2025 bertempat di Perkarangan Aeon Mall, Kota Bharu.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh En. Mohamad Fadzil bin Che Daud, Pegawai Penggalakkan dan Pembangunan Sukan JBSNK dan turut melibatkan pelbagai agensi serta rakan strategik yang akan bekerjasama menjayakan program ini. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah aspek keselamatan, pengurusan peserta, pengisian aktiviti, logistik, serta promosi acara.

“Merdeka!!! Kelantan Fun Walk 2025” dijangka akan menarik penyertaan lebih 1,000 orang peserta dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan belia, pelajar, dan komuniti setempat. Program ini diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, dan bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme serta memupuk gaya hidup sihat melalui aktiviti berjalan santai.
Acara ini juga akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti sesi cabutan bertuah bagi para peserta.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan menyeru orang ramai untuk turut serta memeriahkan Merdeka!!! Kelantan Fun Walk 2025, bukan sahaja untuk menyambut Hari Kemerdekaan, malah untuk mengeratkan hubungan sesama masyarakat dalam suasana yang harmoni dan penuh semangat cintakan negara.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search