- JBS Kelantan
- Hits: 12
KEM BELIA@RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH TUMPAT MENYERLAHKAN POTENSI DIRI ANAK MUDA
- JBS Kelantan
- Hits: 12
TUMPAT, 26 OGOS 2025 - Kem Belia@Rakan Prihatin Peringkat Daerah Tumpat Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 18 hingga 20 Ogos 2025 bertempat di Permai Beach Resort, Bachok. Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat, Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat, Kelab Belia Wira Berjaya dan Majlis Belia Daerah Tumpat.
Seramai 50 orang belia yang berumur di antara 13 hingga 16 tahun terdiri daripada 14 buah sekolah menengah di sekitar Daerah Tumpat telah terpilih mengikuti program ini. Program Kem Belia selama 3 hari 2 malam telah melibatkan pengisian aktiviti secara indoor dan outdoor yang memberi pemahaman dan kesedaran dengan melibatkan aktiviti kerohanian, latihan dalam kumpulan (LDK), perkongsian ilmu, aktiviti kemasyarakatan, kesedaran berkaitan kesihatan mental, motivasi termasuk aktiviti kecergasan. Dengan pengisian aktiviti-aktiviti ini diharapkan golongan belia kita akan lebih peka tentang bahayanya jika terjebak dalam gejala sosial dan aktiviti tidak sihat.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Haji Zulkifli bin Mat Ail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tumpat (Sektor Pembangunan Murid) dan turut dihadiri oleh Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Kem Belia@Rakan Prihatin Peringkat Daerah Tumpat Tahun 2025. Program ini diharapkan akan dapat mengurangkan dan membanteras masalah sosial dalam kalangan belia dan menyerlahkan potensi diri anak muda.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat