SELAMAT MENABUR BAKTI DI PBSD TUMPAT

TUMPAT, 25 OGOS 2025 – Selamat datang dan salam menabur bakti di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Tumpat , Puan Hazmanita binti Che Hamid yang sebelum ini bertugas di PBSD Jeli dari seluruh warga kerja PBSD Tumpat. Pn. Hazmanita telah melaporkan diri ke PBSD Tumpat pada 17 Ogos 2025 yang lalu dengan rasminya telah menjalankan tugas sebagai PBSD Tumpat yang baharu bagi mengisi kekosongan setelah Encik Wan Mohd Erffan bin Wan Mohd Nasir bertukar ke KOMBES Negeri Kelantan.

Dengan kehadiran beliau ini diharapkan dapat meneruskan usaha dalam mengukuhkan lagi penglibatan dan peranan belia dalam komuniti setempat serta dapat memantapkan lagi pengurusan persatuan belia, sukan dan rakan muda di Daerah Tumpat ini. Semoga dengan pengalaman yang dimiliki beliau, PBSD Tumpat akan terus menjadi peneraju dan pakar rujuk persatuan belia mahu pun belia-belia tempatan dalam usaha melahirkan generasi belia yang berdaya saing selari dengan perkembangan teknologi semasa.

Dengan kesempatan yang ada, beliau telah bersua muka dengan pegawai dan kakitangan PBSD Tumpat dan dalam pertemuan ini juga, beliau berharap semoga dengan kehadiran beliau ke Daerah Tumpat ini akan memberi impak yang positif dalam pelan transisi pembangunan belia di Daerah Tumpat ini.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search