- JBS Kelantan
- Hits: 50
Kem Belia@Rakan Prihatin Peringkat Daerah Tanah Merah Berjaya Dilaksanakan Dengan Jayanya
- JBS Kelantan
- Hits: 50
Tanah Merah, 26 Ogos 2025 – Kem Belia@Rakan Prihatin peringkat daerah Tanah Merah telah berjaya dilaksanakan pada 19 hingga 21 Ogos 2025 bertempat di PCB Beach Resort dengan penyertaan seramai 50 orang peserta.
Program tiga hari ini dirasmikan oleh En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Pelbagai aktiviti yang bersifat interaktif dan membina telah dijalankan untuk memupuk semangat kerjasama, kesedaran sivik serta keprihatinan dalam kalangan belia daerah itu.
Kem bermatlamat untuk memperkasakan belia dengan kemahiran insaniah serta menanamkan nilai-nilai positif dalam usaha membentuk generasi muda yang bertanggungjawab dan berdaya saing.
Penganjuran kem ini mendapat sambutan hangat daripada peserta dan pihak penganjur berharap program seumpama ini dapat diteruskan untuk manfaat belia Tanah Merah pada masa akan datang.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah