Program Literasi Kewangan Belia Siri 1 Peringkat Negeri Kelantan 2025

Kota Bharu, 23 Ogos 2025 - Seramai 85 orang belia yang berumur 15 hingga 30 tahun telah menyertai Program Literasi Kewangan Belia Siri 1 Peringkat Negeri Kelantan 2025. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada belia tentang asas pengurusan kewangan peribadi seperti bajet, simpanan, pelaburan dan pengurusan hutang serta meningkatkan kesedaran belia terhadap kepentingan perancangan kewangan jangka panjang. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohd Rizal bin Hussin, Islamic Financial Planner dari AIA.

Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Turut hadir sebagai pegawai pemantau adalah Encik Mohd Jazwin bin Abd.Rahman, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pembangunan Ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia JBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search