- JBS Kelantan
- Hits: 30
Townhall Jabatan Perhilitan Negeri Kelantan Di Kombes Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 30
KELANTAN, 25 OGOS 2025 – Townhall Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Kelantan telah memeriahkan suasana di KOMBES Kelantan. Townhall tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan PERHILITAN Negeri Kelantan yang telah berlangsung pada 19 Ogos 2025 yang lalu bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Townhall tersebut telah melibatkan semua pegawai dan kakitangan Jabatan Perhilitan Negeri Kelantan dengan seramai 150 orang keseluruhannya.
Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang Townhall tersebut dijalankan antaranya ialah Kejohanan Badminton, Ping Pong, Bola Jaring dan banyak lagi. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan. Sebarang tempahan penggunaan kemudahan fasiliti di KOMBES Negeri Kelantan boleh layari laman web www.stf.gov.my .
#TEAMJBSNK
#KOMBESKELANTAN
#MalaysiaMADANI
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.