Memanah Tradisional Makin Ramai Peminat Di Pasir Mas

Pasir Mas, 23 Ogos 2025 – Kejohanan 1000 Liga kembali lagi tahun ini dengan menampilkan sukan memanah tradisional sebagai salah satu daripada 10 acara pilihan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Mas. Sukan warisan ini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, terbukti dengan penyertaan seramai 67 orang peserta dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur.

Kejohanan peringkat daerah ini telah berlangsung di Pasir Mas bermula jam 8.00 pagi, dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta dan taklimat keselamatan serta teknik asas oleh pihak Kelab Memanah Tradisional Wan Qassim. Suasana penuh semangat dan kekitaan jelas terpancar sepanjang acara berlangsung.

Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas. Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang bersama Encik Mohd Zulhilmi bin Berahim, Pengerusi Persatuan Memanah Tradisional Kelantan dan Encik Marzukiakie bin Muhd Yusoff, Pengerusi Kelab Memanah Tradisional Wan Qassim.

Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja mengangkat martabat sukan tradisional, malah menjadi platform memperkukuh silaturahim serta memupuk minat generasi muda terhadap warisan budaya yang semakin dilupakan.

Disediakan oleh : Urus setia Portal PBSD Pasir Mas
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search