Malaysia Aktif @ Daerah Pasir Mas Pupuk Gaya Hidup Sihat

Pasir Mas, 22 Ogos 2025 – Program Malaysia Aktif @ Daerah Pasir Mas siri ke-6 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan SK Abdul Hamid 2, melibatkan penyertaan seramai 52 orang peserta. Bermula seawal jam 8.00 pagi, program ini menyaksikan kehadiran ramai golongan belia dan penduduk setempat yang turut membawa ahli keluarga masing-masing untuk menyertai aktiviti riadah bersama.

Program ini bertujuan memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal dan interaksi sosial yang sihat. Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk sesi senamrobik yang meriah dan penuh semangat.

Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Mazlan bin Mohd Arffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, yang turut serta dalam sesi senamrobik bersama kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD). Kehadiran beliau memberi suntikan semangat kepada para peserta dan menunjukkan komitmen pihak PBSD Pasir Mas dalam menyokong inisiatif kesihatan komuniti.

Program ini diharap dapat diteruskan secara berkala bagi memperkukuh budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.

Disediakan oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search