- JBS Kelantan
- Hits: 50
PENYAMPAIAN CEK CURA GERAN PADANAN SUKAN (GPS) UNTUK SEMERAK KEMASIN ECO CHALLENGE 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 50
Pasir Puteh, 23 Ogos 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan terus komited menyokong pembangunan sukan negeri apabila En.Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menyempurnakan penyampaian cek cura Geran Padanan Sukan (GPS) berjumlah RM80,000.00 kepada Persatuan Sukan Orienteering Negeri Kelantan.
Geran ini adalah khusus bagi penganjuran Semerak Kemasin ECO Challenge 2025 yang berlangsung di Padang Awam Bukit Gedombak, Pasir Puteh. Program berbentuk cabaran sukan lasak berteraskan alam sekitar ini menjadi platform menggalakkan penglibatan masyarakat, khususnya golongan belia, dalam aktiviti yang sihat, mencabar serta mampu membentuk ketahanan mental dan fizikal.
Menurut pihak penganjur, acara ini bakal menghimpunkan pelbagai aktiviti seperti larian denai, kayak, dan orienteering yang menguji daya tahan, strategi serta kerjasama peserta. Penganjuran ini juga bertepatan dengan usaha kerajaan dalam memupuk budaya sukan sebagai amalan gaya hidup sihat dan seterusnya memperkukuh semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia tempatan.
Geran Padanan Sukan (GPS) yang disalurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan ini merupakan inisiatif penting dalam memperkasa sukan tempatan serta menyokong pertumbuhan persatuan-persatuan sukan di peringkat akar umbi.
Dengan adanya sokongan berterusan ini, diharapkan penganjuran Semerak Kemasin ECO Challenge 2025 akan menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan, bukan sahaja oleh masyarakat Kelantan, malah peserta dari seluruh negara.
Disediakan oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan