- JBS Kelantan
- Hits: 67
MAJLIS PERPISAHAN PUAN FARAH SYAMIMI BINTI MOHAMAD SAMSUDDIN DI JBS NEGERI KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 67
Kota Bharu, 21 Ogos 2025 – Satu majlis perpisahan telah diadakan hari ni bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan sempena pertukaran Puan Farah Syamimi binti Mohamad Shamsuddin, Pembantu Tadbir Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Majlis ini adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan khidmat bakti beliau selama lebih sembilan tahun di jabatan ini.
Puan Farah Syamimi bakal bertukar ke Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Negeri Kelantan pada 26 Ogos 2025 nanti. Pertukaran ini adalah selaras dengan arahan penggiliran kerja yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, sebagai usaha menyelaras dan memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, beliau dikenali sebagai seorang pegawai yang komited, berdedikasi serta mesra rakan sekerja. Banyak sumbangan beliau dalam memastikan kelancaran urusan pentadbiran jabatan. Majlis tersebut turut diserikan dengan ucapan daripada YBrs En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang menzahirkan penghargaan atas tugasan cemerlang dan mendoakan kejayaan beliau di tempat baharu.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata serta jamuan ringkas. Selamat maju jaya diucapkan kepada Puan Farah Syamimi binti Mohamad Shamsuddin. Semoga terus sukses dalam perkhidmatan baharu.
Disediakan oleh : Urus Setia Media JBSNK.
