SKILL FOR LIFE : BELAJAR DAN MENJANA PENDAPATAN BELIA

Pasir Mas, 20 Ogos 2025 – Program Skill for Life Siri 1/2025: Pembikinan Burger Prosperity telah berjayadilaksanakan pada 16 Ogos 2025 dan menarik penyertaan seramai 20 orang peserta muda dari sekitar Pasir Mas. Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada golongan belia tentang kemahiran asas dalam bidang kulinari, khususnya penyediaan burger yang popular dalam kalangan masyarakat.

Melalui sesi pembelajaran yang interaktif dan praktikal, para peserta bukan sahaja mempelajari teknik penyediaan Burger Prosperity yang lazat, malah turut didedahkan kepada aspek pengurusan perniagaan kecil sebagai langkah awal menjana pendapatan sampingan. Hadir bersama adalah Encik Mohd Faidhi bin Mohd Noor, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas (Rakan Muda).

Kepelbagaian kemahiran yang ditawarkan dalam program ini berjaya menarik minat para belia untuk menyertai dan meneroka potensi diri dalam bidang keusahawanan makanan. Program ini juga dilihat sebagai satu inisiatif yang berkesan dalam memperkasakan belia dengan kemahiran hidup yang relevan dan bernilai.

Disediakan oleh : Urus setia Portal PBSD Pasir Mas

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search