- JBS Kelantan
- Hits: 24
KEJOHANAN WOODBALL TERBUKA NEGERI KELANTAN SIRKIT KEBANGSAAN SIRI 2/2025 BAKAL BERLANGSUNG
- JBS Kelantan
- Hits: 24
JELI- 20 OGOS 2025- Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Woodball Terbuka Negeri Kelantan Sirkit Kebangsaan Siri 2/2025 telah diadakan pada 19 Ogos 2025 di Bilik Mesyuarat Utama Politeknik Jeli.
Kejohanan tersebut bakal berlangsung pada 28 hingga 31 Ogos 2025 bertempat di Politeknik Jeli, Kelantan dengan anggaran seramai 300 orang penyertaan pelbagai kategori dari negeri-negeri di seluruh negara.
Objektif Kejohanan ini diadakan adalah untuk mempromosikan sukan Woodball sebagai sukan yang baharu ditubuhkan di negeri Kelantan ini, di samping mengalakkan masyarakat berbudaya sukan.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs En Irozi bin Ismail, Timbalan Pengarah Politeknik Jeli telah membincangkan pelbagai perkara termasuk logistik, makan minum, keselamatan, hadiah dan lain-lain keperluan.
Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah YBrs En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.