- JBS Kelantan
- Hits: 28
KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH PASIR MAS BINA KEYAKINAN DAN JATI DIRI PESERTA
- JBS Kelantan
- Hits: 28
Bachok, 20 Ogos 2025 - Seramai 52 peserta terdiri daripada 18 lelaki dan 34 wanita berusia antara 13 hingga 16 tahun telah menyertai Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Pasir Mas yang berlangsung selama tiga hari dua malam dari 16 hingga 18 Ogos 2025 bertempat di Permai Beach Resort, Bachok.
Peserta yang hadir mewakili 13 buah sekolah dari sekitar daerah Pasir Mas telah mengikuti pelbagai aktiviti pembangunan diri, sesi perkongsian ilmu, dan latihan kepimpinan yang dirangka khas bagi memperkukuh keyakinan serta semangat kerjasama dalam kalangan belia.
Sepanjang kem berlangsung, para peserta menunjukkan semangat yang tinggi dan keterujaan untuk belajar serta berinteraksi dengan rakan-rakan baharu. Rata-rata peserta menyatakan bahawa mereka berasa seronok kerana dapat mengenali ramai belia lain dan memperoleh pelbagai ilmu baharu yang membantu mereka lebih yakin untuk menyuarakan idea dan pendapat secara terbuka.
Majlis Penutupan Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Pasir Mas telah disempurnakan dengan penuh meriah pada 18 Ogos 2025 oleh Puan Nurdalila binti Mohd Khali, Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir pada majlis penutup adalah LSr. Nik Ikhwan Haqim bin LSr Datuk Hanafi , Pengerusi Majlis Belia Jajahan Pasir Mas serta Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas.
Program ini merupakan salah satu inisiatif penting dalam usaha memperkasakan belia daerah Pasir Mas agar lebih berdaya saing, berpengetahuan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Disediakan Oleh : Urus setia Portal PBSD Pasir Mas