- JBS Kelantan
- Hits: 48
PROGRAM RAKAN MUDA PLOGGING: RAKAN BUMI JAYAKAN MISI KEBERSIHAN DI PANTAI IRAMA
- JBS Kelantan
- Hits: 48
Bachok, 20 Ogos 2025 – Program Rakan Muda Plogging: Rakan Bumi siri 2 telah dilaksanakan dengan jayanya di Pantai Irama, Bachok, melibatkan penyertaan seramai 50 orang pelajar dari 10 buah sekolah sekitar daerah Pasir Mas pada 17 Ogos 2025. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran sivik dan semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan generasi muda melalui aktiviti pembersihan pantai.
Para peserta menunjukkan komitmen tinggi dalam menjalankan aktiviti plogging, iaitu gabungan antara berjoging dan mengutip sampah. Hasilnya, sejumlah besar sampah berjaya dikumpulkan, sekali gus mendedahkan realiti pencemaran yang mengejutkan ramai peserta.
Turut hadir memeriahkan dan menyertai aktiviti ini ialah Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, bersama seluruh kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Mas. Kehadiran mereka memberi sokongan moral dan dorongan kepada para peserta untuk terus aktif dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.
Program ini bukan sahaja berjaya membersihkan kawasan pantai, malah menjadi platform penting dalam membentuk sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan belia.
Disediakan Oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas
