- JBS Kelantan
- Hits: 27
PASUKAN LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PASIR MAS GAGAH BERTARUNG
- JBS Kelantan
- Hits: 27
Kota Bharu, 19 Ogos 2025 - Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung dengan meriah pada 15 dan 16 Ogos 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Acara yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu menyaksikan kehadiran atlet dari pelbagai daerah, termasuk Pasir Mas yang menghantar pasukan bola jaring dan sepak takraw untuk bertanding pada 15 Ogos manakala pasukan ping pong pada 16 Ogos 2025.
Pasukan bola jaring kategori 18 tahun ke atas telah diwakili oleh SMK Sultan Ibrahim 2, manakala kategori bawah 15 tahun diwakili oleh SMK Chetok. Pasukan sepak takraw turut menunjukkan semangat juang tinggi sepanjang pertandingan.
Walaupun tidak berjaya membawa pulang kemenangan, ketiga -tiga pasukan dari Pasir Mas telah memberikan tentangan sengit kepada pihak lawan dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Kehadiran Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Encik Mazlan bin Mohd Ariffin bersama seluruh kakitangan PBSD Pasir Mas turut menyemarakkan semangat para atlet dengan sokongan padu sepanjang kejohanan.
Penyertaan aktif ini membuktikan komitmen Pasir Mas dalam memperkasa pembangunan sukan komuniti serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan belia.
Disediakan oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas