SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) TAHAP 3 PERLU DI MILIKI OLEH SEMUA PEGAWAI BELIA DAN SUKAN

Cameron Highland, 19 Ogos 2025 - Puan Nur Aliaa binti Wan Johan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, telah menghadiri Bengkel Bimbingan dan Pembangunan Portfolio Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Bengkel Siri 4 Zon Timur ini berlangsung dari 12 hingga 14 Ogos 2025 bertempat di Hotel Titiwangsa, Cameron Highlands.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan bimbingan kepada peserta dalam menyediakan portfolio lengkap sebagai syarat utama bagi permohonan SKM Tahap 3. Sepanjang sesi, fasilitator telah berkongsi panduan teknikal, strategi penyusunan dokumen, serta tip menghadapi sesi temuduga penilaian kompetensi.

Penyertaan Puan Nur Aliaa mencerminkan komitmen berterusan pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas dalam memperkasakan pekerja belia dengan kelayakan profesional yang diiktiraf. SKM Tahap 3 merupakan satu keperluan penting bagi memastikan tenaga kerja belia memiliki kemahiran yang relevan dan diiktiraf secara rasmi.

Disediakan oleh: Urus setia Portal PBSD Pasir Mas

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search