BANGUNAN BAHARU PBSD PASIR MAS LULUS TAPISAN

Pasir Mas, 19 Ogos 2025 – Dua (2) orang pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan telah hadir ke ruang pejabat baharu Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Pasir Mas bagi menjalankan pemeriksaan keselamatan bangunan pada 10 Ogos 2025. Lawatan ini bertujuan menilai kelayakan bangunan tersebut untuk diduduki serta memastikan ia memenuhi spesifikasi keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak bomba.

Hasil pemeriksaan mendapati bahawa ruang pejabat baharu PBSD Pasir Mas telah lulus dan layak untuk diduduki. Pihak bomba mengesahkan bahawa bangunan tersebut memenuhi semua syarat keselamatan yang diperlukan.

Turut hadir dalam sesi lawatan tersebut ialah Puan Siti Sharmillie binti Anwa @ Anuar, Pembantu Tadbir PBSD Pasir Mas, bersama Encik Mohd Faidhi bin Mat Noor yang telah mengiringi pegawai bomba sepanjang pemeriksaan dijalankan.

PBSD Pasir Mas merakamkan penghargaan kepada pihak JBPM Kelantan atas kerjasama dan sokongan dalam memastikan keselamatan bangunan sentiasa menjadi keutamaan.

Disediakan oleh : Urus setia Portal PBSD Pasir Mas

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search