SEPAK TAKRAW KUALA KRAI CIPTA NAMA DALAM LSK NEGERI KELANTAN

KUALA KRAI, 19 OGOS 2025 — Pada 15 dan 16 Ogos yang lepas, telah berlangsung Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Kelantan 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri. Antara acara yang dipertandingkan adalah Bola Jaring, Sepak Takraw dan Ping Pong.

Dalam acara Sepak Takraw LSK Peringkat Negeri Kelantan, pasukan Kuala Krai A telah memenangi Naib Johan, manakala pasukan Kuala Krai B pula berkongsi tempat Ketiga, sekali gus mengangkat nama daerah Kuala Krai di peringkat negeri.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir memberi sokongan ialah Puan Rosnani binti Hj Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai.

Penyertaan pasukan Kuala Krai dalam LSK ini mencerminkan sokongan padu terhadap usaha kerajaan menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat. Kejayaan ini diharap menjadi inspirasi kepada seluruh masyarakat untuk terus aktif dalam pelbagai jenis sukan.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search