- JBS Kelantan
- Hits: 43
RAKAN BUMI : BELIA KUALA KRAI GEGAR MINI ZOO DENGAN PLOGGING
- JBS Kelantan
- Hits: 43
KUALA KRAI, 19 OGOS 2025 – Program Rakan Bumi: Plogging Community @Daerah Kuala Krai 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Ogos 2025, bertempat di Mini Zoo Kuala Krai. Perlaksanaan program ini telah mendapat sokongan padu daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai, Majlis Daerah Kuala Krai serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Kelantan.
Program ini menghimpunkan penyertaan pelajar sekolah, sukarelawan SATRIA Kuala Krai serta belia setempat, dengan matlamat memberi kesedaran dan menggalakkan amalan memelihara alam sekitar dalam kalangan remaja, di samping meningkatkan tahap kesihatan komuniti.
Berkonsepkan Explore Race, para pelajar diberi tugasan di setiap check point yang menggabungkan aktiviti berlari atau berjalan sambil mengutip sampah. Pendekatan ini bukan sahaja menyemai sikap prihatin terhadap kelestarian alam sekitar, malah menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif.
Salah seorang peserta yang ditemui, Tengku Ayunie, 15, menyatakan rasa teruja kerana dapat menyertai program ini buat kali pertama. “Seronok sangat sebab dapat berlari dengan kawan-kawan sambil buat tugasan yang yang diberikan. Baru saya sedar, kutip sampah kecil pun sebenarnya memberi kesan besar pada kebersihan kawasan kita,” katanya.
Program ini diharapkan dapat menjadi platform berterusan dalam melahirkan generasi muda yang lebih bertanggungjawab, mencintai alam sekitar, serta mampu menjadi agen perubahan positif dalam masyarakat.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
