- JBS Kelantan
- Hits: 36
DUA PASUKAN PING PONG DAERAH MACHANG SERTAI LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT NEGERI KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 36
MACHANG, 17 OGOS 2025 – Dua pasukan ping pong dari Daerah Machang telah menyertai Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Kelantan yang telah berlangsung dengan meriah pada 16 Ogos 2025 (Sabtu) bertempat di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Kota Bharu.
Dalam pertandingan ini, pasukan Machang A berjaya melangkah ke separuh akhir dan membawa pulang tempat ketiga bersama, manakala pasukan Machang B tersingkir di peringkat suku akhir selepas saingan sengit.
Pencapaian pasukan Machang A yang menamatkan kejohanan di tempat ketiga merupakan satu pencapaian yang membanggakan, sekaligus menunjukkan potensi besar yang dimiliki oleh pemain-pemain muda ping pong dari daerah ini.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang mengucapkan syabas kepada kedua-dua pasukan atas semangat kesukanan yang ditunjukkan serta komitmen dalam mewakili daerah dengan cemerlang.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang