PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI DAERAH MACHANG SIRI 8/2025

MACHANG, 17 OGOS 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Daerah Machang telah mengadakan Program Malaysia Aktif @ Komuniti Daerah Machang Siri 8/2025 pada 16 Ogos 2025 bertempat di Bukit Panau, Tanah Merah.

Seramai 45 orang peserta yang terdiri daripada 15 orang peserta perempuan dan 30 orang peserta lelaki telah menyertai program ini. Antara aktiviti yang dijalankan pada program tersebut ialah senamrobik, mendaki atau hiking dan sesi cabutan bertuah.

Encik Mohd Zul Izudin bin Samat, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang telah hadir merasmikan program ini.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search