PROGRAM MY AKTIF @ KOMUNITI GEGAR ILP PENGKALAN CHEPA

PENGKALAN CHEPA, 29 Julai 2025 – Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pengkalan Chepa menjadi lokasi tumpuan apabila lebih 200 peserta terdiri daripada pelajar, tenaga pengajar dan warga kerja institut tersebut menyertai Program Senamrobik MyAktif @ Komuniti, anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu dengan kerjasama ILP Pengkalan Chepa.

Program ini bertujuan untuk memupuk amalan gaya hidup sihat serta menggalakkan kecergasan fizikal dalam kalangan komuniti institusi latihan melalui pendekatan santai dan berkesan.
Sesi senamrobik telah dikendalikan oleh instruktor bertenaga, Encik Zawawi bin Yusof, yang berjaya mencipta suasana ceria dengan rutin senaman yang mudah diikuti dan menyeronokkan, sesuai untuk semua peringkat umur.

Puan Nor Farhana binti Che Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu turut hadir bagi mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program dan penglibatan komuniti belia setempat.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif MyAktif @ Komuniti di bawah kempen Fit Malaysia, yang menyasarkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat termasuk institusi pendidikan dan agensi kerajaan bagi memperkukuh kesedaran terhadap kepentingan gaya hidup sihat.

Pihak pengurusan ILP Pengkalan Chepa turut menyatakan penghargaan atas kerjasama yang terjalin dan berharap lebih banyak program seumpama ini dapat dilaksanakan bersama pada masa akan datang.
Program berakhir sekitar jam 10.30 pagi dalam suasana penuh semangat dan kepuasan terpancar pada wajah para peserta.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal PBSD Kota Bharu

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search