RAKAN MAHIR: SKILL FOR LIFE @ DAERAH KOTA BHARU SIRI 4/ 2025

KOTA BHARU, 27 JULAI 2025 – Program Rakan Mahir: Skill For Life @ Daerah Kota Bharu Siri 3/2025 telah berjaya dilaksanakan pada 19 Julai 2025 bertempat di Kolej Komuniti Kok Lanas, melibatkan penyertaan seramai 23 orang peserta daripada kalangan belia dan komuniti setempat.

Inisiatif ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu dengan kerjasama Kolej Komuniti Kok Lanas bagi menyediakan platform latihan kemahiran asas yang relevan untuk kehidupan seharian dan pembangunan kerjaya masa depan.

Kursus Microsoft Excel yang dilaksanakan memberi penekanan kepada pemahaman teori dan praktikal dalam pengurusan penyenaraian data, penyediaan dokumen serta pengendalian fail secara sistematik. Latihan ini bertujuan meningkatkan kecekapan digital peserta selaras dengan keperluan semasa industri dan permintaan pasaran kerja.

Turut hadir memantau perjalanan program ialah Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, Puan Nor Farhana binti Che Ismail, yang menzahirkan sokongan terhadap penganjuran program berasaskan kemahiran yang memberi impak langsung kepada pembangunan belia di peringkat akar umbi. Majlis penutup dan penyampaian sijil kepada peserta turut diadakan sebagai penghargaan kepada penyertaan dan komitmen mereka sepanjang program.

Program ini terus menjadi landasan penting dalam memperkasa belia dengan kemahiran praktikal, seterusnya meningkatkan daya saing dan potensi ekonomi golongan muda dalam masyarakat.
Pelaksanaan berterusan inisiatif seumpama ini dijangka mampu mencetuskan perubahan positif dalam landskap pembangunan belia di peringkat daerah.

Disediakan Oleh : Urus Setia Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search