- JBS Kelantan
- Hits: 13
PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI DAERAH MACHANG SIRI 5/2025
- JBS Kelantan
- Hits: 13
MACHANG, 3 OGOS 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Daerah Machang telah mengadakan Program Malaysia Aktif @ Komuniti Daerah Machang Siri 5/2025 pada 1 Ogos 2025 bertempat di Bukit Panau, Tanah Merah.
Seramai 51 peserta telah menyertai program ini, terdiri daripada 9 orang lelaki dan 42 orang perempuan. Program edisi kelima ini mengetengahkan aktiviti utama iaitu hiking atau mendaki melibatkan pendakian santai yang mencabar fizikal serta menguatkan semangat berpasukan dalam kalangan peserta.
Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang telah hadir merasmikan program ini.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang