- JBS Kelantan
- Hits: 61
Kejohanan Ping Pong Berpasukan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan 2025 Berlangsung Meriah
- JBS Kelantan
- Hits: 61
KOTA BHARU, 17 Ogos 2025 – Kejohanan Ping Pong Berpasukan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan 2025 yang berlangsung semalam di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan mencatatkan kejayaan cemerlang dengan penyertaan meriah daripada seluruh daerah di negeri ini.
Acara tahunan yang dinanti-nantikan ini bermula sejak awal pagi dan berakhir lewat malam, menyaksikan pertembungan sengit antara pasukan-pasukan terbaik dari pelbagai daerah. Suasana di dewan begitu meriah dengan kehadiran penyokong yang tidak putus-putus memberikan sorakan semangat kepada pasukan masing-masing.
Pasukan dari Kota Bharu muncul sebagai Johan selepas menewaskan pasukan Tumpat A dalam perlawanan akhir yang mendebarkan. Manakala pasukan Bachok A dan Machang A berkongsi tempat ketiga bersama selepas menampilkan aksi bertenaga sepanjang kejohanan.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir YBrs. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang juga memberikan sokongan penuh. Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat baharu, malah mengeratkan lagi hubungan antara komuniti di seluruh negeri.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK