- JBS Kelantan
- Hits: 37
Hari Timbang Akhir Program The Biggest Loser Peringkat Negeri Kelantan 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 37
Kota Bharu, 16 Ogos 2025 – Program The Biggest Loser Peringkat Negeri Kelantan 2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Aerobic Panji telah melabuhkan tirainya hari ini dengan berlangsungnya sesi timbangan akhir peserta.
Program ini membabitkan penyertaan dalam dua kategori, iaitu kategori lelaki dan kategori wanita. Sepanjang tempoh program yang bermula pada 26 April 2025 hingga 16 Ogos 2025, peserta dibimbing melalui aktiviti kecergasan, amalan pemakanan sihat dan sesi motivasi bagi meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan gaya hidup sihat. Hasilnya, hari timbang akhir menyaksikan kejayaan peserta menurunkan berat badan dengan disiplin dan usaha berterusan.
Majlis penutup serta penyampaian sijil penyertaan dan sijil penghargaan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Pemenang bagi kedua-dua kategori akan diumumkan sempena sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan 2025 pada bulan Oktober nanti.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta serta penghargaan kepada Kelab Aerobic Panji, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, dan Farmasi Imedikal atas kerjasama menjayakan program ini.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan