- JBS Kelantan
- Hits: 37
Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan 2025 Berlangsung Meriah
- JBS Kelantan
- Hits: 37
Kota Bharu, 15 Ogos 2025 – Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Kelantan 2025 telah berlangsung dengan meriah hari ini di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Kejohanan yang disertai oleh 20 pasukan dari seluruh negeri Kelantan ini melibatkan pasukan-pasukan johan dan naib johan dari setiap daerah, sekaligus menampilkan persaingan sengit antara wakil-wakil terbaik daerah.
Dalam kejohanan yang penuh aksi ini, pasukan Machang B telah muncul sebagai johan, menewaskan pasukan Kuala Krai A yang meraih tempat naib johan. Tempat ketiga bersama pula dimenangi oleh pasukan Machang A dan Kuala Krai B.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir memeriahkan majlis ialah En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Dengan kemenangan ini, pasukan Machang B akan membawa cabaran Negeri Kelantan ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Kebangsaan 2025. Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam sukan sepak takraw, malah memperkukuh semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan komuniti setempat.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Negeri Kelantan