- JBS Kelantan
- Hits: 25
Tumpat A Johan Acara Bola Jaring Liga Sukan Komuniti Negeri Kelantan 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 25
Kota Bharu, 15 Ogos 2025 – Tahniah kepada pasukan Tumpat A yang muncul sebagai johan dalam Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Kelantan 2025 bagi acara Bola Jaring. Naib Johan disandang oleh pasukan Kota Bharu B manakala tempat ketiga bersama dimenangi pasukan Kota Bharu A & Jeli A
Kejohanan hari ini telah berlangsung meriah di Gelanggang Terbuka Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, menghimpunkan pasukan terbaik dari seluruh negeri. Semangat juang, kerja berpasukan, dan aksi bertenaga menjadi kunci kejayaan pasukan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. En Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Syabas diucapkan kepada semua pasukan. Semoga pasukan Tumpat A dapat mengharumkan nama Negeri Kelantan di Liga Sukan Komuniti Peringkat Kebangsaan.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan JBSNK