- JBS Kelantan
- Hits: 15
PBSD Jeli Adakan Majlis Perpisahan Pegawai
- JBS Kelantan
- Hits: 15
JELI 14 OGOS 2025- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli mengadakan majlis Perpisahan YBrs Puan Hazmanita binti Che Hamid Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli yang akan bertukar ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat mulai 17 Ogos 2025.
Majlis tersebut telah diadakan di Restoran Lalang Resort, Jeli pada 11 Ogos 2025, telah dihadiri oleh semua kakitangan PBSD Jeli.
Beliau yang telah berkhidmat sebagai Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli selama dua (2) tahun (Julai 2023 – Ogos 2025) telah menyampaikan sepatah dua kata terakhir sebagai pesanan kepada kakitangan yang hadir supaya memberi sepenuh komitmen terhadap kerja-kerja yang masih belum dilaksanakan terutama untuk program Sukan dan Rakan Muda.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas keraian yang diadakan dan amat terharu atas keprihatinan semua kakitangan, beliau berharap kerjasama dan semangat kekeluargaan seumpama ini dapat diteruskan lagi walaupun tidak lagi bertugas di tempat yang sama.
Beliau juga memohon kemafaan jika selama bertugas di PBSD Jeli ada melakukan kesilapan dan kesalahan terhadap semua kakitangan. Majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari dan penyampian cenderahati. Beliau juga telah melakukan ketik punch kad terakhir di PBSD Jeli.
Disediakan oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.