Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Jajahan Kuala Krai Sesi 2025-2026

Kuala Krai, 13 Ogos 2025 – Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Jajahan Kuala Krai Sesi 2025–2026 yang berprestij berjaya menghimpunkan wakil pertubuhan belia, agensi kerajaan, serta pemimpin komuniti bagi membincangkan agenda pembangunan belia secara holistik.

Persidangan dirasmikan oleh Yang Amat Berusaha Encik Mohd Shaifudeen bin Md Salleh, Ketua Jajahan Kuala Krai merangkap Pengerusi MPBN Jajahan Kuala Krai.

Dalam ucaptamanya, beliau menekankan kepentingan pemerkasaan pembangunan belia melalui pengamalan gaya hidup positif, perluasan pertubuhan belia hingga ke peringkat komuniti, memandangkan golongan belia merupakan sumber utama pembangunan manusia. Beliau turut menyentuh mengenai pelan transisi pertubuhan belia yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026, yang menetapkan had umur ahli pertubuhan belia antara 15 hingga 30 tahun.

Sebanyak empat kategori usul utama telah dibentangkan, iaitu Infrastruktur dan Fasiliti Belia & Sukan, Ruang dan Pusat Aktiviti Belia, Pembangunan Kepimpinan dan Sahsiah Belia, serta Keusahawanan Belia. Antara cadangan yang dibangkitkan termasuklah pembinaan Mini Stadium Kuala Krai, penubuhan Hab Belia Kuala Krai, pelaksanaan kursus kepimpinan, serta program ‘Belia Niaga Kuala Krai’.
Pelbagai agensi kerajaan turut memberi maklum balas terhadap usul yang dibentangkan, termasuk PDRM, Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai, Majlis Daerah Kuala Krai, RISDA, Pejabat Agama Jajahan Kuala Krai serta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Persidangan kali ini menjadi platform penting untuk menyatukan suara belia di peringkat akar umbi, selain merangka tindakan bersama dalam menangani cabaran semasa.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search