PROGRAM INSPIRE iTALENT (SIRI 2) PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2025

Bachok, 12 Ogos 2025 – Program Inspire iTalent (Siri 2) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Sri Panchor, SMK Beris Panchor 2, Bachok. Program ini berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan esok melibatkan penyertaan seramai 91 orang dengan ujian iTalent dan pertandingan sukan adaptif melibatkan penyertaan peringkat akar umbi daripada golongan orang kurang upaya.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir memberi sokongan, YBrs Puan Intan 'Izzati binti Md.Hashim, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan YBrs. En Law Ann Chay, Pengetua SMK Beris Panchor 2.

Program siri kedua ini menjadi platform penting untuk mencungkil bakat baharu dalam kalangan OKU, di samping memperkukuh keyakinan diri, disiplin dan semangat kesukanan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Persatuan Sukan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Kelantan dan Persatuan Boccia Negeri Kelantan atas kerjasama menjayakan program ini.

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search