- JBS Kelantan
- Hits: 24
MALAYSIA AKTIF@KOMUNITI PERINGKAT DAERAH JELI DI KALE POK KIE BATU MELINTANG
- JBS Kelantan
- Hits: 24
JELI, 11 Ogos 2025- Program Malaysia Aktif @Komuniti Peringkat Daerah Jeli telah berlangsung pada 9 Ogos 2025,bertempat di Kale Pok Kie Batu Melintang,Jeli. Aktiviti Senamrobik bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi melibatkan penyertaan seramai 67 orang peserta.
Penganjuran secara bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli dan Kelab Kecergasan Darling Ayer Lanas ini adalah bertujuan untuk memupuk masyarakat yang sentiasa sihat dan mengamalkan gaya hidup cergas dengan pendekatan tanpa mengira batasan kaum, agama, umur dan pekerjaan.
Turut hadir ialah YBrs Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli