- JBS Kelantan
- Hits: 26
PLOGGING KOMUNITI DAERAH JELI SIRI 3 /2025 DI KALE POK KIE BATU MELINTANG
- JBS Kelantan
- Hits: 26
JELI, 11 Ogos 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli dengan kerjasama Persatuan Belia Gemilang Bukit Tok Ali, telah mengadakan Program Rakan Bumi: Plogging Community @ Daerah Jeli Siri 3 pada 9 Ogos 2025 bertempat di Kale Pok Kie, Batu melintang, Jeli Kelantan.
Tujuan program ini adalah untuk merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam menggalakan dan melahirkan sukerelawan di kalangan belia yang berpengetahuan, berkermahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawan yang tinggi, saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.
Seramai 40 orang peserta telah menyertai program ini. Aktiviti yang dijalankan pada program tersebut ialah gotong royong mengutip mengutip sampah.
Program ini telah dihadiri oleh YBrs Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli.
Semoga program yang berbentuk kemasyarakatan dengan penerapan nilai moral yang tinggi seperti ini dapat diteruskan lagi supaya dapat melahirkan lebih ramai sukarelawan dari kalangan belia dan beliawanis.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli