- JBS Kelantan
- Hits: 21
MALAYSIA AKTIF@KOMUNITI PERINGKAT DAERAH JELI DI SG RUAL
- JBS Kelantan
- Hits: 21
JELI, 11 Ogos 2025- Program Malaysia Aktif @Komuniti Peringkat Daerah telah berlangsung pada 5 Ogos 2025,bertempat di Dewan Terbuka Kg Sg Rual, Jeli. Aktiviti Senamrobik bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada 10.30 pagi melibatkan penyertaan seramai 73 orang peserta.
Penganjuran secara bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli dan Kelab Aerobik Bukit Jering ini adalah bertujuan untuk memupuk masyarakat yang sentiasa sihat dan mengamalkan gaya hidup cergas dengan pendekatan tanpa mengira batasan kaum, agama, umur dan pekerjaan.
Turut hadir ialah YBrs Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli dan Puan Nur Hanani binti Hussin, Pengerusi Kelab Aerobik Bukit Jering.
Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli